Friday, 23 March 2012

malu nak jadi sayap kiri kamu

 
PERIGI MENCARI TIMBA?
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi."  
 
Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita bersama - sama mengkaji sirah terdahulu.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya?
Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W , beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita.
 
Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
 
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani.
Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya.
Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.
 
Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah.
Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber'couple', dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas.
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
 
 
akhir kalam, jika kita benar - benar sudah bersedia dan sudah berjumpa dengan seseorang yang kita rasa dia betul - betul boleh membimbing kita, maka tidak perlulah segan silu untuk menyuarakan keinginan kita kepadanya kerana di zaman yang serba moden ini tiada lagi istilah "Perigi mencari timba". dan jika ingin menyuarakan keinginan itu mestila selari dengan ajaran islam kerana islam itu indah.
"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu." (Imam Nawawi )

"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya"
 

Saturday, 10 March 2012

jarak itu menjaga AKU dan DIA


cerite ni aku amik dr satu lman web yg korg mmg dh tau pon. nk tau,cri sniri. huhu :)

 

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.
Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.
Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia


for ur information,cite ni bkn bout ak ea.just mau dikongsi bersame. :)

Friday, 9 March 2012

spm OH spm!


bedebar-2 jugak rasenye bile asyik pikir pasal spm ni. bile pikir2 balek, pe la ak nk jadi besar nnti. nk amik maktab ke? prob nye skang ni layak ke ak jd ckgu? haha.
kawan2 ckp ak sesuai jd ckgu sbb ak bnyk ckp, tp bnyk ckp ak merepek2 je.
amik stam? haish,bukan jenis budak yg suke mnghafal la plak,ak takot x tebawak stam je nnti.
stpm? hmm,mak ak ade la gak sarankan amik stp ni, tp....haish,bnyk sgt tp nye. enough2,skarang ni yg penteng study yukk !
kat bawah ade la gak cemane nk dpt study yg bekualiti yg bole share2 ngn korang.
maklumat ni sumenye ak dpt dr buku 'PETUA MENJADI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH GEMILANG'. if korang nk lebih information,bli la buku ni yuk.

mesti ade matlamat
1- matlamat mesti ditulis

2-matlamat mesti dengan nada positif
  cth: 'aku ingin berjaya dlm spm'
  elakkan: 'ak tidak mahu gagal'

3-matlamat mesti ade jangka masa

4-matlamat anda, milik anda

korang kt dlm klas mesti slalu ngntok kn? especially budak2 asrama, tipu la kalau korang kate korng x ngntok dlm klas, ak pon always ngantok. hehe
kt sini ade care2 nk atasi ngantok. usha jom!


1- tidur awl iaitu sebelum pukul 12.00 tgh mlm
    kalau yg duduk kt ostel 2,jgn la tdo lmbt2. xslah kalau korang nk stay up,tp bia la
    stay up 2 time2 cuti cm ari sabtu,kn bole. kalau korang stay up time2 skola,nnti
    akn gnggu time blajar korang dlm klas jek. pastu,slalulah amalkan sunnah
    Rasulullah s.a.w. cthnye,Rasulullah s.a.w,baginda tido mengiring ke belah kanan
    dan tapak tangan kanan kt bawah pipi kanan.

2-elakkan sarapan yang berat seperti nasi lemak.
    kalau bole,elakkan la mkn bende2 yg agk berat sbb makanan mcm ni akn
    membuatkan otak kite jd lembap n tros x bekerje. tp, klau dh duduk ostel 2 dh
    mmg x leh nk elakkan la. pe kate,kite mkan mkanan mcm nasi lemak 2 dlm
    kuantiti yg sikit,cukuplah untuk alas perot yg kosong 2 je. :)

3- banyakkan minum air
    mcm yg korang sume tau,kite kene minum air mineral sekurang2nya 5-8 gelas
    sehari. so,time kt skola tu,bawak la satu botol air masak utk korang je.
    seboleh2nya, elakkan drpd berkongsi yuk. air ni m'bekalkan oksigen pde diri  
    kite. :)

4-lakukan senaman minda
    kalau rase ngantok sgt2 time ckgu ngaja,pe kate skali sekale korang gerakkan
    anggota bdn korang. korang gosok2kn tgn bg panas n letak kt kawasan mate.
    insyaallah berkesan. :)


Tips merancang jadual waktu.



awal malam: faham
pertengahan malam/ awal pagi: hafal
waktu petang: kerja sekolah
hujung minggu/malam/pagi: ulang kaji

terpulang kt korang nk ikot ke x,tp, ak dh cube. Alhamdulillah,ak dpt ikot sbb x terlalu mampat care blajar nye.

sebenarnye ade bnyk lg,tp cukop la ak rase share ngn korang psl ni je. kalau korang nk tau lg bnyk pe lg,beli la buku 2. bnyk sgt care yg mudah yg korang pon bole ikot skali.
ustazah ak penah pesan,x gune kalau akademik kite mantap,result kite gempak, tp rohani kite ntah ke mane. so,walaupon kite tgah bz nk kejar kecemerlangan kt dunie,kite jgn lupe, kite gak kne kejar kecemerlangan di akhirat, dn e2 mrupakan seorang pelajar cemerlang yg real. ak gak pnah dgr cite, org kate, kalau kite nk lbih mudah engat sumthin subjek 2,kite kene rajin bace quran, bkn stakat bace, tp amalkan skali. cemane nk amlkn? care dye,kite kene tau la makne2 surah 2.lg elok kalau kite dpt hafal surah2 dlm quran 2,ini akn dpt menajamkan pemikiran kite. INSYAALLAH! :)