dh lame ana x corat coret kt sini. hehe . ape la yg ana merepk ni.
arini dh 4 syawal, skejap je kn mase belalu. erm, dunie akhir zmn kn. get ready la awl2.
haish,nk tau x , on 28th august ni, ana kene tempuhi p'priksaan tbesar skali, wlaupon nampk mcm x bsar exm 2 kn. if trial pon,ak tetap risau laaa. aiyo!
tpi2, if nk kne trial skali pon, raye tetap raye. HAHA! taon ni ana rase raye yg plg gempak la. hehe. npe? antum tnye knape? sbb taon ni bnyk sgt dpt duet raye,melampau2 la bnyknye. mksud ana,lbih bnyk dr taon lpas la. huhu, xmalu kn,dh bsar2 pon dpt duet raye lg , untong larr :)
erm, arini ana nk share satu cite yg ana ambik dr satu laman islamic, iluv islam. ana just nk share cite about laungan takbir di m'sia n dkt ngare2 tnh arb. so different kn? time bulan rmdn ari tu,ana ade dgr satu cramah tentang laungan takbir, rupe2nye, kite sume yg bute ilmu agme. x silap n seingat ana, laungan takbir 2 diambil sempena pjuangan s'org hamba ALLAH, wallahualam, ana x bape ingat name beliau, beliau dpt membunuh abu jahal yg mmg jht la kn. n then lpas hamba ALLAH ni mng dlm ptempurn ni, dye mlaungkan kalimah ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! WALILLAH ILHAM! waallahualam dgn cite sy ni. ana hope sape yg mmbce blog ana ni,if ana ade silap tentang ni,tlong tego ye,hehe, ana jd blur! :D
ok la, kite ikuti crite ni ye! :)
Ketika takbir raya dilaungkan, datang seorang budak bertanya;
"Abang.. apa tajuk lagu sedih ni?"
"Haa! Lagu yang mana satu?"
"yang imam dan orang ramai nyanyi sekarang ni.."
"Hehee.. itu bukan lagu la.. itu takbir raya.. "
Bagi orang melayu, tentu terasa sedikit pelik dengan soalan budak itu bukan? Mungkin ada yang terasa sedikit terkilan dibuatnya. Dan mungkin juga ada yang terasa lucu dan pelik dengan persoalan sedemikian. Pertama kali telinga ini mendengar kenyataan itu. Namun apabila difikirkan sejenak, ada juga kebenaran di sebalik pertanyaan tadi.
Jika diselidiki, ramai yang tahu makna-makna setiap kalimah yang diungkapkan ketika takbir raya. Namun tidak ramai yang betul-betul dapat menghayati dan menjiwai apa yang dilafazkan. Betul bukan?
Demikialah saat lidah melafazkan...
"Allaaaaahuakbar.. Allaaaaaahuakbar.. Allaaaaaahuakbar!"
Apa yang terlintas di hati?
Ya.. Lihatlah diri kita sendiri.. Bagaimana diri kita saat takbir raya dilaungkan?
Bagaimana kondisi hati kita saat lidah mengungkapkan kalimah-kalimah takbir, tasbih dan tahmid?
Adakah kita sedang mengagungkan kebesaran dan kehebatan Allah ketika itu?
Atau.. Kita sekadar menyanyi? Menyanyi lagu takbir raya beramai-ramai?
Adush.. seolah-olah itu yang berlaku bukan? Bibir kita hanya mendendangkan kalimah takbir raya ala-ala nusantara yang berirama sedih, namun hati tidak pula benar-benar menghayati serta meraih kemenangan dan kegembiraan satu syawal dengan mengagung-agungkan kebesaran Allah 'Azza Wa Jalla.
"Eh.. betul jugak.. masa takbir, aku tak rasa apa-apapun.. Aku just laungkan takbir seperti yang orang lain buat. Melodi takbir raya pun best.. Mendayu-dayu.. Rasa sedih dan sayu. Kadang-kadang boleh menitiskan air mata. Nada takbir yang dilaungkan sangat merdu. Tersentuh hati mendengarnya.."
Begitulah.. Takbir raya ala nusantara memang mempunyai versi sedih. Tidak ada sesiapa boleh nafikan. Sehingga kita menjadi keliru sama ada seseorang itu mengalirkan air mata kerana khusyuk menghayati kemenangan dan kebesaran Allah atau sedih kerana dendangannya yang sayu?
Hakikatnya, seharusnya hendaklah takbir itu dilaungkan dengan penuh rasa kemenangan dan kegembiraan. Bukan penuh dengan emosi kesedihan. Justeru marilah kita sama-sama bertakbir dengan penuh semangat! Semangat membesarkan keagungan Allah! Ianya juga adalah tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah berjaya mengharungi ujian Ibadah dan menahan diri dan nafsu selama sebulan di bulan Ramadan.
Apapun, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertakbir dengan penuh rasa kehambaan dan betul-betul mensyukuri nikmat kemenangan pada hari Raya ini.
Bersyukur atas kemampuan mendidik nafsu semasa dalam bulan Ramadan..
Bersyukur atas kekuatan membina iman dan taqwa dalam bulan yang penuh barakah..
Bersyukur atas kesungguhan memohon keampunan daripada Allah Al-Ghaffar..
Bersyukur atas kekuatan membina iman dan taqwa dalam bulan yang penuh barakah..
Bersyukur atas kesungguhan memohon keampunan daripada Allah Al-Ghaffar..
Lantas nilai kesyukuran kita diterjemahkann dengan ketaatan yang bertambah pada hari-hari berikutnya. InsyaAllah...
"Selamat kembali kepada Fitrah Insani.. ^^"